40 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Dalam dunia yang mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak. Aqidah tauhid adalah pegangan umat Islam. Oleh itu, penerimaan amalan manusia di sisi Allah SWT adalah bergantung kepada keikhlasan mentauhidkan Allah SWT.
Sesungguhnya kemurnian dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan.
Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:
Syirik
Meninggalkan Solat fardu
Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
Enggan mengeluarkan zakat
Enggan menunaikan haji
Murtad
Kufur terhadap Allah
Mengingkari takdir Allah
Beramal selain mencapai keredhaan Allah
Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
Tawakal selain Allah
Memperhambakan Manusia
Berpaling dari peringatan Al-Quran
Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
Mempermainkan kesucian agama
Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
Mengajak umat Islam meninggalkan jihad di jalan Allah
Mengkafirkan sesama muslim
Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
Mengamalkan cara hidup orang kafir
Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
Munafik (Nifaq)
Beramal dengan riak
Gemar mengamalkan perkara bidaah
Membuat peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
Menghina sahabat Rasulullah saw
Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
Mempercayai tukang tenung
Mengamalkan dan mempercayai sihir
Mempercayai kuasa azimat
Bersumpah dengan selain nama Allah
Wallahu alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.
Sumbangan Dato' Hj Mohd Alias Dato' Latfi